Happy Teacher's day


Assalamualaikum...salam pagi isnin...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana masih diberi kesihatan yg baik pada kita semua..Hari ini 16 Mei yg mana hari yg sgt bermakna buat semua warga pendidik..xkira la guru ape sklipun, guru sekolah ke, guru mengaji quran ke, guru tuisyen ke, guru memandu ke...ape2 la yg digelar guru...wish u all selamat hari guru kepada semua guru2 sy sjk dibangku sekolah tadika sehingga skng...terima kasih yg xternilai di atas jasa kalian...jasamu akn ku kenang sehingga akhir hayat...insyaAllah...i luv u all~..

Buat family, mak..selamat hari guru~jgn pernah rasa jemu mengajar quran utk ank2 kampung kita ek! insyaAllah besar pahala smpi akhirat kelak jika semua ank murid mak mempraktikkan bacaan quran mereka dgn hasil didikan mak....aminnn...buat kak mie, kak tie, kak da, abg joe & sedara-mara sy yg sememangnya sgt ramai as a teacher...wish u all the best teacher...smge kalian tabah dalam mendidik ank bangsa m'sia menjadi org yg berguna pada masa sekarang & akan datang...insyaAllah...dgn kata lain "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"..Buat abg, i salute u la bang sb dr dulu smpi skng still lg tabah mengajar memandu...semua peringkat umur tu..ada tua, muda, OKU, xpndai membaca sume ada...namun, abg tetap bersabar....jgn garang2 ms mengajar memndu ye...nt kang nangis ank org like me dlu2...huhu...

Tidak lupa juga kpd kwn2 sy yg bergelar guru...selamat hari guru semua....

KHAS BUAT GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


p/s: I LOve Position As a Educationlist....wish me luckkkk!!!


2 comments:

izan said...

also to author..hepi teacher day..^-^

Nor said...

tq2:)..u too..hepy teacher's day...

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Asal dr K. T'ganu..Seorang hamba Allah yg dhaif yg mana sentiasa mencari kehidupan bermakna di dunia mahupun di akhirat kelak..insyaAllah

Nuffnang

Love Family

Love Family

Followers